Fallout: New Vegas Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store bersempena dengan jualan promosi ‘Mega Sale’ menawarkan permainan misteri sebagai tawaran permainan percuma mingguan mereka dan bagi minggu ini mereka menawarkan Fallout: New Vegas Ultimate Edition sebagai ganti untuk Death Stranding yang ditawarkan sebelum ini.

Fallout: New Vegas merupakan permainan sampingan bagi siri Fallout dan satu-satunya permainan Fallout yang dibangunkan oleh Obsidian. Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan boleh dikatakan antara permainan terbaik untuk Fallout.

Bagi versi Ultimate Edition ini pemain juga akan mendapat pelbagai kandungan tambahan termasuk juga kawasan dan had tahap yang lebih tinggi.

Epic Games Store – Fallout: New Vegas Ultimate Edition

Bermula minggu lepas lagi, Epic Games Store juga menganjurkan jualan promosi bagi Mega Sale.

Selain potongan harga tersedia, anda juga boleh menggunakan kupon untuk mendapat tambahan potongan 25% bagi permainan bernilai ataupun jumlah pembelian melebihi RM59.99.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan mendapat 5% daripada jumlah pembelian sebagai ‘Rewards’ untuk digunakan bagi pembelian yang berikutnya.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Saint Row – RM47.25
  • FIFA 23 – RM71.70
  • Cyberpunk 2077 – RM106.99
  • Returnal – RM199.20
  • Assassin’s Creed Valhalla – RM47.25
  • Days Gone – RM68.97
  • Marvel’s Midnight Suns – RM97.50
  • NFS Unbound – RM71.70
  • Sackboy: A Big Adventure – RM149.40
  • A Plague Tale: Requiem – RM83.85

Anda boleh layari Epic Games Store untuk melihat permainan-permainan lain yang ditawarkan.

Sohor Kini