Ketika PlayStation Showcase, PlayStation telah mengumumkan pelbagai permainan menarik yang akan dikeluarkan di PlayStation 5, selain daripada itu, mereka juga telah mengumumkan lima permainan yang akan tiba buat set kepala realiti maya iaitu PS VR2.

Berikut adalah lima permainan yang diumumkan;

Resident Evil 4 VR Mode

Seperti yang diumumkan sebelum ini, dan juga seperti Resident Evil Village, Capcom akan menyediakan mod VR untuk Resident Evil 4 sebagai DLC percuma. Buat masa ini masih tiada tarikh ia akan dikeluarkan.

Arizona Sunshine II

Arizona Sunshin II adalah permainan susulan untuk Arizon Sunshin yang dikeluarkan pada tahun 2016, seperti permainan sebelum ini pemain kembali menjadi Fred dan perlu bertempur dengan zombi menggunakan pelbagai senjata. Arizona Sunshine II akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Crossfire: Sierra Squad

Crossfire: Sierra Squad adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Smilegate berdasarkan dunia siri permainan Crossfire. Pemain ini menyertakan kempen permainan solo dan juga misi berkumpulan jika pemain ingin bermain secara koperasi sehingga 2 pemain.

Synapse

Synapse adalah permainan aksi first-person yang dibangunkan oleh nDreams. Di dalam permainan ini pemain bukan sahaja boleh menggunakan senjata tetapi juga kuasa telekinesis memberikan pengalaman pertempuran yang lebih rancak. Synapse akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Beat Saber

Beat Saber sejak dikeluarkan pada tahun 2018, boleh dikatakan sebagai antara permainan VR paling popular dan kini ia ditawarkan untuk PlayStation VR2. Beat Saber ini sudah boleh dibeli dengan harga RM129, jika anda sudah memiliki versi PS VR, ia juga boleh terus dimainkan. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga Queen Music Pack yang menyertakan lagu daripada kumpulan Queen.

Anda boleh lihat pengumuman lain ketika PlayStation Showcase melalui pautan ini. Anda juga boleh baca ulasan kami untuk PS VR di pautan berikut; Ulasan PlayStation VR2.

Sohor Kini