Free Fire Umum Acara Bersama Spider-Man: Across the Spider-Verse

Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka iaitu Free Fire menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan Spider-Man: Across the Spider-Verse dengan pemain berpeluang untuk barangan di dalam permainan, kad watak dan juga peta yang khusus untuk kolaborasi ini.

Bermula pada 31 Mei 2023, Free Fire mengubah suai kapal terbang dan juga billboard untuk memperlihatkan rekaan berdasarkan filem ini. Selain itu, treler filem ini juga akan dipertontonkan di dalam permainan.

Sepanjang acara ini, tiga watak daripada filem ini akan tiba iaitu Miles Morales, Gwen Stacy dan Spider-Man 2099 sebagai kostum untuk Shirou, Kelly, dan Maxim.

Manakala bermula pada 1 sehingga 18 Jun 2023, pemain boleh menyertai collection event iaitu ‘Enter the Spider-Verse’ untuk mendapatkan payung terjun dan juga emote bertemakan Spider-Verse.

Free Fire juga akan hadir dengan pelbagai lagu khusus untuk filem ini dan bagi yang tonton filem ini pada 1 Jun, elemen Free Fire juga akan disertakan di dalam filem seperti beg Cobra. Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini