Ubisoft ketika PlayStation Showcase hari ini telah berkongsi lanjut mengenai permainan seterusnya di dalam siri Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creed Mirage.

Bersama dengan perkongsian ini, mereka juga telah mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Seperti kita sedia maklum, di dalam Assassin’s Creed Mirage pemain akan menjadi Basim iaitu seorang Assassin yang juga memainkan peranan yang penting di dalam Assassin’s Creed Valhalla.

Melalui treler yang dikongsikan, Mirage memperlihatkan tatamain seperti permainan-permainan Assassin’s Creed klasik iaitu memfokuskan elemen Assassin seperti menyelinap, pelbagai cara untuk memasuki kawasan, dan juga membunuh secara bersembunyi berbanding elemen RPG untuk permainan-permainan terbaru.

Assassin’s Creed Mirage akan memfokuskan bagaimana Basim menjadi Assassin ataupun The Hidden One dan berlaku sebelum kejadian di dalam Valhalla.

Sohor Kini