Remedy Entertainment ketika PlayStation Showcase hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Alan Wake 2 dan juga mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 17 Oktober 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Walaupun merupakan permainan susulan kepada Alan Wake yang dikeluarkan pada tahun 2010, Remedy Entertainment mengatakan yang pemain tidak perlu bermain permainan tersebut untuk memulakan pengembaraan di dalam permainan ini.

Selain Alan Wake, pemain juga akan mengawal watak kedua iaitu Saga Anderson yang akan menjadi protagonis kedua. Permainan ini akan bermula dengan Saga Anderson yang menyiasat mengenai misteri berlaku di Bright Falls sebelum berjumpa dengan Alan Wake yang terperangkap di dunia tersebut.

Sohor Kini