Haven Entertainment Studios ketika PlayStation Showcase hari ini telah memperlihatkan permainan pertama oleh mereka iaitu Fairgame$ yang merupakan permainan multi-pemain merompak seperti yang boleh dikatakan seperti Payday.

Menurut Haven, selain bersama dengan rakan untuk melakukan rompakan dengan mengatasi pengawal keselamatan dan sistem sekuriti, pemain juga akan melawan dengan pemain-pemain lain untuk melakukan rompakan yang paling berjaya.

Haven Entertainment Studios merupakan studio yang ditubuhkan oleh Jade Raymond selepas meninggalkan Google Stadia, studio ini diambil-alih oleh PlayStation Studios pada awal tahun lepas.

Fairgame$ akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini