Bungie Umum Permainan Baharu Selepas Sedekad – Marathon

Bungie ketika PlayStation Showcase hari ini telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu Marathon iaitu permainan menembak extraction PvP yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan juga PC – menyokong fungsi rentas platform dan juga rentas simpanan.

Marathon secara sendirinya bukanlah sesuatu yang baharu untuk Bungie, mereka pernah mengeluarkan permainan berjudul sama pada tahun 1994, walaupun permainan baharu ini menyertakan tatamain yang berlainan, Bungie mengatakan yang ia berlaku di dalam dunia yang sama.

Bungie juga mengatakan yang permainan ini masih di peringkat awal pembangunan dan mereka masih belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenainya termasuk juga tarikh pelancaran.

Sohor Kini