Insomniac Games ketika PlayStation Showcase hari ini telah berkongsi dua treler baharu untuk Marvel’s Spider-Man. Treler pertama adalah memperkenalkan Kraven the Hunter yang akan menjadi salah seorang penjahat utama di dalam permainan ini.
Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.
Selain itu, mereka juga telah berkongsi treler tatamain yang memperlihatkan Peter Parker dan Miles Morales bersama, menariknya Peter Parker juga menggunakan kuasa symbiote yang tampaknya memberi kesan kepada psikologi Peter Parker.
Treler ini juga memperlihatkan bagaimana pemain akan bertukar di antara Peter Parker dan juga Miles Morales. Buat masa ini, tampaknya penukaran ini adalah bergantung kepada susunan penceritaan, tidak disahkan lagi jika boleh ditukar semasa melakukan aktiviti sampingan.
Bagi penceritaan pula, di dalam treler ini Peter Parker adalah bercakap mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Harry, merujuk kepada Harry Osborn. Di dalam permainan sebelum ini, turut diperlihatkan yang bapanya Norman Orborn juga sedang merawatnya.
Marvel’s Spider-Man 2 akan dikeluarkan pada akhir tahun ini untuk PlayStation 5.