Deadline telah melaporkan Matt Berry yang terkenal dengan watak Laszlo Cravensworth di dalam siri What We Do in the Shadows di dalam perbincangan untuk membintangi salah satu watak di dalam filem aksi nyata berdasarkan permainan paling laris iaitu Minecraft.

Watak untuk Matt Berry masih tidak diumumkan lagi, dia akan menyertai Jason Momoa yang telah diumumkan tahun lepas akan terlibat dengan filem ini. Filem Minecraft ini akan diarahkan oleh Jared Hess yang pernah mengarah filem seperti Nacho Libre dan Napoleon Dynamite.

Maklumat lanjut mengenai filem ini, termasuk juga sinopsis penceritaan masih belum dikongsikan lagi, namun Warner Bros menjadualkan untuk filem ini ditayangkan pada 4 April 2025.

Sohor Kini