Skip to main content

Sony hari ini telah mengadakan Business Segment Meeting 2023 di mana setiap segmen perniagaan mereka berkongsi prestasi dan juga perancangan perniagaan mereka termasuk juga bahagian Game & Network iaitu untuk Sony Interactive Entertainment dan PlayStation.

Di dalam perkongsian ini, mereka telah mengumumkan yang selepas 6 minggu dilancarkan, PlayStation VR2 telah terjual 8% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama untuk PS VR.

Walaupun bukan satu peratusan yang besar akan tetapi PS VR2 ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Berdasarkan carta yang diperlihatkan, PS VR2 kini mencecah 600 ribu unit terjual.

PlayStation VR2 sudah dilancarkan pada bulan Februari lepas dengan harga RM2,069. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan PlayStation VR2.

Leave a Reply