Sony hari ini telah mengadakan Business Segment Meeting 2023 di mana setiap segmen perniagaan mereka berkongsi prestasi dan juga perancangan perniagaan mereka termasuk juga bahagian Game & Network iaitu untuk Sony Interactive Entertainment dan PlayStation.
Di dalam perkongsian ini, mereka telah mengumumkan yang daripada lebih kurang 47 juga pelanggan PlayStation Plus, 30% adalah pelanggan untuk pakej yang lebih mahal iaitu Premium ataupun dikenali sebagai Deluxe di Malaysia dan juga Extra.
Pelanggan untuk Deluxe adalah 8 juta pelanggan ataupun 17% dengan Extra 6.1 juta pelanggan ataupun 13%, selebihnya adalah pelanggan untuk Essential iaitu pakej seperti PlayStation Plus sebelum ini.
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe.