505 Games dan pembangun The Bearded Ladies telah melancarkan Miasma Chronicles hari ini untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Miasma Chronicles adalah permainan pengembaraan taktikal seperti permainan sebelum ini oleh The Bearded Ladies iaitu Mutant Year Zero: Road to Eden. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Elvis yang ditemani robot Diggs.

Bersama mereka perlu merungkai misteri mengenai Miasma iaitu satu entiti misteri yang mengancam manusia. Elvis akan menggunakan satu sarung tangan yang mempunyai kebolehan untuk mengawal Miasma ini.

Miasma Chronicles dilancarkan secara digital terlebih dahulu dengan harga RM109, manakala versi fizikal akan tiba pada bulan Jun.

Sohor Kini