Perkongsian akaun telah menjadi perkara yang dilakukan oleh kebanyakan yang melanggan akaun Netflix terutama untuk pakej yang paling mahal iaitu Premium yang buat masa ini boleh menyertakan lima profil, ataupun lima pengguna.
Netflix sejak tahun lepas lagi telah mengumumkan yang mereka akan menyekat perkongsian akaun ini kerana bagi mereka, ia adalah satu kerugian. Sebagai alternatif mereka akan menyediakan pelbagai pelan yang lebih murah seperti tontonan dengan iklan dan juga bayaran untuk akaun tambahan.
Netflix sebelum ini telah menawarkan bayaran untuk akaun tambahan ini di beberapa negara, dan bermula hari ini, ia juga telah ditawarkan untuk pelanggan dari Malaysia.
Berikut adalah antara perkara yang anda perlu tahu mengenai akaun tambahan ini;
Netflix buat masa ini masih tidak menyekat perkongsian akaun sekurang-kurangnya bagi pengguna dari Malaysia, akan tetapi dengan pengenalan akaun tambahan ini, kita boleh jangkakan yang ia akan dilakukan tidak lama lagi.