Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE) semalam telah mengeluarkan kenyataan untuk menafikan penyedia pawagam di Malaysia melakukan sabotaj terhadap filem Anwar: The Untold Story seperti yang diperkatakan oleh pengedar filem tersebut DMY Creation.

“Saya kesal filem Anwar: The Untold Story disabotaj oleh pihak pawagam. Lebih mengecewakan ada pawagam menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa, namun hanya memberikan empat slot untuk naskhah yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan Perdana Menteri menentang amalan rasuah ini” kata Pengerusi DMY Creation, Datuk mohamed Yusoff.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MAFE hari ini, mereka menafikan kenyataan tidak adil yang dikeluarkan terhadap penyedia pawagam tempatan. Mereka juga mengatakan yang pawagam tempatan secara purate mempunya 5 tayangan untuk filem Anwar: The Untold Story setiap hari dan melibatkan 70% lokasi seluruh negara. Dengan lebih banyak tayangan di pawagam-pawagam utama.

Filem Anwar: The Untold Story yang mengenai kisah Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi menteri kewangan sehingga dipenjarakan pada tahun 1998. Anda boleh baca ulasan kami di pautan – Ulasan Anwar: The Untold Story.

Sohor Kini