Astro Menambah Sokongan WeTV Untuk Ultra Box

Astro telah mengumumkan yang set TV Ultra Box mereka kini menyokong penstriman WeTV. WeTV merupakan platform penstriman pelbagai kandungan dari Asia seperti dari China, Korea, Jepun, dan juga kandungan-kandungan tempatan.

Jika tidak memiliki langganan WeTV VIP, pelanggan Astro juga boleh menambahnya dengan harga RM10.50 sebulan berbanding RM11.90 harga biasa. Antara kelebihan WeTV VIP adalah kandungan lebih awal, melangkau iklan dan juga menonton kandungan di dua peranti serentak.

WeTV menjadi aplikasi yang ke-11 disertakan di dalam Ultra Box bersama dengan BBC Players, beIN Sports Connect, Disney+ Hotstar, HBO Go, IQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu dan ZEE5.

Sohor Kini