Nicolas Cage Diumumkan Untuk Dead by Daylight

Permainan multi-pemain seram Dead by Daylight telah mengumumkan yang mereka akan menyertakan Nicolas Cage sebagai watak yang boleh digunakan di dalam permainan tersebut. Berdasarkan treler acah yang dikongsi, beliau akan menjadi diri sendiri berbanding sebagai mana-mana watak lakonannya.

Maklumat lanjut mengenai Nicolas Cage akan dikongsi pada 5 Julai 2023. Sementara itu, Dead by Daylight juga telah mengumumkan yang musim baharu untuk permainan tersebut akan tiba pada 13 Jun 2023.

Musim yang digelar sebagai End Transmission ini akan memfokuskan kepada kandungan fiksyen sains dengan menyertakan Gabriel Soma sebagai Survivor baharu dan The Singularity sebagai Killer baharu. Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini