PUGB Mobile telah menerima kemaskini terbaru iaitu versi 2.6 yang antaranya menyertakan acara masa terhad baharu iaitu Dinoground yang akan berlangsung sehingga 18 Jun 2023.

Melalui acara ini, pemain boleh menjumpai tempat dinosaur di Erangel dan juga Livik yang dipenuhi dengan dinosaur dan juga barangan. Setiap dinosaur ini bukan sahaja dapat menjadi ‘kenderaan’ tetapi juga mempunyai kelebihan tersendiri antaranya Velociraptors boleh melompat tinggi dan T-Rex dapat melakukan serangan.

Selain itu, PUBG Mobile juga telah memperkenalkan royale pass baharu iaitu Royal Pass Ace (RPS). Melaluinya pemain boleh dapatkan kostum dan juga senjata yang boleh bertukar warna mengikut pilihan pemain, senjata juga mempunyai rekaan berlainan dengan menggunakannya.

Pemain juga boleh terus dapatkan kostum untuk kereta berbentuk dinosaur bersempena dengan acara masa terhad Dinoground.

Tidak cukup dengan itu, PUBG Mobile juga telah mengumumkan kerjasama dengan Jurassic Research Center, Genting Highland untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bermula pada 27 sehingga 28 Mei 2023.

Semasa acara ini, pengunjung boleh mengambil gambar dengan ‘Experience the Dinoverse’, selain itu terdapat juga acara Dinosaur Egg Hunt, ‘Experience the Dinoverse Colouring Contest’ bagi kanak-kanak.

Sohor Kini