ROG Ally Tiba Di Malaysia Pada Bulan Julai Ini

ASUS Republic of Gamers telah mengumumkan yang PC mudah alih mereka ROG Ally akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada bulan Julai 2023, iaitu awal suku ketiga seperti yang diura-urakan sebelum ini.

Namun, pengumuman ini adalah sekadar menyatakan bulan ROG Ally ini akan ditawarkan tetapi tidak berkongsi harga untuk pasaran tempatan. Di pasaran luar, ROG Ally ditawarkan dengan harga $699 (~RM3200) untuk model menggunakan cip AMD Ryzen Z1 Extreme dan $599 (~RM2,670) untuk AMD Ryzen Z1.

Spesifikasi lain untuk ROG Ally adalah menyertakan RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan sehingga 512GB SSD storan dengan sokongan mikroSD. Bagi paparan pula menggunakan resolusi HD Penuh, kadar segar semula sehingga 120Hz, kadar reaksi 7ms dan tahap keterangan 500nits.

Dengan ROG Ally hadir bersama dengan Windows 11 terbina, PC mudah alih ini akan mempunyai keserasian dengan kebanyakan permainan-permainan yang dikeluarkan untuk PC. Tambahan itu, ROG Ally juga akan menyokong gedung dan platform seperti Steam, Xbox Game Pass, EA App, dan Epic Games Store.

Sohor Kini