Epic Games Store telah menganjurkan jualan promosi Mega Sale mereka sehingga 15 Jun 2023 yang menawarkan potongan harga sehingga 75%. Bersama dengan jualan promosi ini, mereka juga meneruskan tawaran permainan percuma secara mingguan dan minggu ini adalah permainan Death Stranding.

Anda boleh menebus dan juga muat turun Death Stranding melalui pautan ini.

Ini bukanlah pertama kali Epic Games Store menawarkan permainan oleh Kojima Productions secara percuma, kerana mereka sudah melakukannya pada akhir tahun lepas. Oleh itu, jika anda tidak pernah terlepas tawaran permainan percuma oleh Epic Games Store, berkemungkinan besar anda sudah memilikinya.

Namun, anda boleh sebaliknya menambah RM21.49 untuk naik taraf Death Stranding ke Death Stranding Director’s Cut yang menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuk juga misi dan peralatan yang boleh digunakan.

Jika tawaran permainan percuma ini kurang menarik minat, ataupun sudah memilikinya, anda juga boleh melihat tawaran-tawaran jualan promosi bagi Mega Sale ini.

Seperti biasa, selain potongan harga tersedia, anda juga boleh menggunakan kupon untuk mendapat tambahan potongan 25% bagi permainan bernilai ataupun jumlah pembelian melebihi RM59.99.

Tidak cukup dengan itu, anda juga akan mendapat 5% daripada jumlah pembelian sebagai ‘Rewards’ untuk digunakan bagi pembelian yang berikutnya.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Saint Row – RM47.25
  • FIFA 23 – RM71.70
  • Cyberpunk 2077 – RM106.99
  • Returnal – RM199.20
  • Assassin’s Creed Valhalla – RM47.25
  • Days Gone – RM68.97
  • Marvel’s Midnight Suns – RM97.50
  • NFS Unbound – RM71.70
  • Sackboy: A Big Adventure – RM149.40
  • A Plague Tale: Requiem – RM83.85

Anda boleh layari Epic Games Store untuk melihat permainan-permainan lain yang ditawarkan.

Sohor Kini