Pada bulan Mei, sambutan Kesedaran Ketercapaian Global ataupun Global Accessibility Awareness disambut untuk memberi lebih kesedaran mengenai pentingnya ketercapaian. Bersempena dengan sambutan ini, PlayStation telah berkongsi lanjut mengenai Project Leonardo mereka termasuk juga mengumumkan yang nama rasmi untuknya adalah Access controller.

Access yang pertama kali diumumkan semasa CES pada awal tahun ini adalah pro alat kawalan untuk PlayStation 5 yang menyertakan ciri ketercapaian dan memfokuskan penggunaan untuk pemain yang kelainan upaya.

Melalui perkongsian terbaru, PlayStation telah memperlihatkan segala komponen yang hadir bagi alat kawalan ini dan bagaimana ia akan membantu pemain-pemain yang memerlukan ketercapaian dapat menggunakan alat kawalan ini.

Access akan menyertakan pelbagai pelbagai butang berbeza dengan setiap butang ini boleh ditukar mengikut keperluan dan juga kegunaan. Access juga boleh digunakan di atas permukaan rata, berpusing secara 360 darjah, dan juga diletakkan di atas pendiri AMPS atau tripod.

Access juga dilengkapi dengan empat 3.5mm AUX bagi memudahkan untuk pengguna menambah aksesori lain bagi alat kawalan ini. PlayStation juga telah memperlihatkan UI bagi alat kawalan ini di PS5 dan bagaimana pelbagai tetapan boleh dilakukan.

Pada satu masa, pengguna boleh menggunakan dua Access bersama dengan satu DualSense untuk menjadi satu alat kawalan, membolehkan pengguna untuk mempunyai pelbagai jenis input bagi memudahkan lagi penggunaan ataupun untuk bermain bersama.

PlayStation juga telah berkongsi perjalanan mereka di dalam menyediakan ketercapaian di dalam kesemua produk-produk mereka. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sohor Kini