Netflix hari ini telah berkongsi Upfront 2023 iaitu perkongsian mengenai perkembangan terbaru bagi Neflix. Bersama dengan perkongsian ini, mereka juga telah mengumumkan senarai kandungan yang akan tiba pada tahun ini.

Beberapa filem dan siri telah diumumkan sebelum ini seperti siri Exploding Kittens berdasarkan permainan kad popular, Squid Game: The Challenge pertandingan sebenar berdasarkan siri popular dari Korea Selatan, Berlin iaitu siri sampingan untuk Money Heist, dan juga Extraction 2.

Selain itu, mereka juga telah menyenaraikan beberapa filem serta siri TV yang masih tidak mempunyai tarikh siaran sebelum ini, contohnya adalah The Old Guard 2 iaitu filem susulan untuk The Old Guard lakonan Charlize Theron.

Selain itu, turut tersenarai adalah Avatar: The Last Airbender iaitu siri aksi nyata berdasarkan siri animasi popular. Anda boleh melihat senarai penuh pelakon bagi siri ini melalui pautan berikut – Netflix Umum Senarai Penuh Pelakon Aksi Nyata Avatar: The Last Airbender – Arden Cho, George Takei, Momona Tamada.

Seterusnya adalah siri 3 Body Problem iaitu siri oleh pencipta siri HBO Game of Thrones David Benioff dan D.B Weiss berdasarkan novel berjudul sama oleh Liu Cixin. Senarai pelakon untuk siri ini adalah Jess Hong, Liam Cunningham, Jovan Adepo, Benedict Wong, dan John Bradley.

Sohor Kini