TGV hari ini telah membuka pembelian tiket untuk filem Spider-Man: Across the Spider-Verse dengan tayangan akan bermula pada 1 Jun 2023.

Anda boleh melakukan pembelian melalui pautan ini.

Spider-Man: Across the Spider-Verse merupakan filem susulan kepada Spider-Man: Into the Spider-Verse yang dikeluarkan pada tahun 2018. Buat masa ini, Sony Pictures telah mengumumkan satu lagi filem akan tiba selepas Across the Spider-Verse iaitu Beyond the Spider-Verse.

Filem ini akan berlau setahun selepas kejadian di dalam Into the Spider-Verse dengan Gwen Stacy telah meminta pertolongan daripada Miles Morales untuk melawan dengan The Spot sebelum turut menjadi sasaran Spider-man lain.

Sohor Kini