Nintendo hari ini telah mengumumkan yang The Legends of Zelda: Tears of the Kingdom yang dilancarkan pada 12 Mei lepas telah terjual sebanyak 10 juta unit selepas 3 hari. Ini menjadikan Tears of the Kingdom adalah permainan paling laris untuk siri permainan Zelda.
Mereka juga mengumumkan yang permainan ini terjual sebanyak 4 juta unit di Amerika sahaja menjadikan permainan Nintendo paling laris sepanjang zaman di benua tersebut.
Sebagai perbandingan, permainan The Legends of Zelda: Breath of the Wild setakat 31 Mac lepas telah terjual sebanyak 29.81 juta unit, Tears of the Kingdom dengan kata lain mengambil 3 hari sahaja untuk terjual 1/3 daripada jumlah keseluruhan untuk Breath of the Wild.
Tambahan pada itu, Breath of the Wild juga merupakan permainan yang dilancarkan bersama dengan Nintendo Switch dan ada yang terjual bersama dengan konsol tersebut menjadikan pencapaian Tears of the Kingdom lebih memberangsangkan.
Adakah kami terkejut? Tidak sama sekali.