GSC telah mengumumkan yang akibat kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Beli Belah Mid Valley, GSC Mid Valley membatalkan kesemua tayangan buat masa ini dan sebarang pembelian tiket yang sudah dilakukan akan menerima pembayaran balik.

GSC juga mengatakan yang kebakaran tersebut tidak melibatkan pawagam mereka akan tetapi mengambil keputusan ini atas kerjasama terhadap pihak berwajib dan juga pengurusan pusat beli belah.

Bagi yang membuat pembelian tiket secara dalam talian, pembayaran balik akan dilakukan secara automatik, bagi yang membeli secara fizikal, GSC meminta untuk menyediakan tiket tersebut bagi urusan pembayaran balik.

Sohor Kini