Ubisoft telah mengumumkan yang Trackmania telah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series. Permainan ini juga sudah dikeluarkan untuk PC melalui Ubisoft Connect, Epic dan juga Steam.
Trackmania adalah permainan yang boleh dimainkan secara percuma begitu juga untuk versi konsol ini. Permainan ini juga menyokong fungi rentas-platform dan juga rentas-kemajuan membolehkan pemain bermain di pelbagai platform berbeza.
Trackmania dilancarkan sejak tahun 2020 lagi dan menyertakan lebih 1000 litar bersama dengan pelbagai lagi kandungan-kandungan lain termasuk juga yang dihasilkan oleh pemain lain.