Kod Sumber Permainan Asal Fallout Ditemui Oleh Interplay

Anda mungkin mengenali permainan Fallout sebagai sebuah permainan dengan sudut pandangan penembak pertama, tetapi tahukah anda bahawa permainan Fallout 1 dan Fallout 2 sebenarnya mempunyai sudut pandangan isometrik dan lebih mementingkan penceritaan dan watak daripada bentuk pertarungan.

Salah satu kisah sedih permainan ini ialah kod sumbernya dikatakan telah hilang untuk hampir dua dekad, dan oleh kerana itu, Fallout kemudiannya dibina semula untuk menjadi sebuah permainan penembak pertama. Kod sumber yang hilang ini bukan sahaja merangkumi kod permainan itu sendiri, tetapi pelbagai dokumen tentang binaan watak, asas penceritaan, corak permainan dan sebagainya.

Akan tetapi, baru-baru ini ia dilaporkan bahawa kod sumber tersebut telah ditemui semula, dan salah seorang daripada pengasas permainan Fallout, Tim Cain mengatakan bahawa ia telah ditemui dalam salah satu daripada komputer-komputer lama Interplay.

Interplay dan Bethesda sebelum ini telah memasuki satu perjanjian dimana sekiranya kod sumber Fallout telah ditemui, ia akan diberi dan dimiliki oleh Bethesda. Samada ini bermakna bahawa kita akan dapat melihat permainan Fallout 1 dan 2 dengan grafik yang dikemaskini tidak diketahui lagi, khususnya apabila Bethesda kini sedang sibuk dengan pembangunan Starfield dan sedang memulakan pembangunan Fallout 5.

Sumber: PCGamesN

Sohor Kini