Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 3.7 – Duel! The Summoners’ Summit akan tiba pada 24 Mei 2023. Kemaskini antaranya menyertakan acara “King of Invokations Grand Prix”, lebih 60 kad baharu untuk mod permainan kad dan watak Kirara.

Tarikan utama untuk kemaskini sudah semestinya adalah “King of Invokation Grand Prix” iaitu acara masa terhad yang memfokuskan kepada mod permainan kad di dalam permainan ini. Kejohanan TCG akan dianjurkan yang telah menarik minat pelbagai watak, termasuk juga Charlotte yang merupakan pemberita dari Fontaine.

Melalui acara masa terhad ini, akan disertakan pelbagai mod permainan yang memfokuskan kepada TCG iaiut “Zero Hour Invokation”, “Evermotion Mechanical Painting” dan “Heart of the Dice”. Selain itu, terdapat juga mod “A Tour of Wonders” untuk mengembara di kawasan sekitar. Melakukan aktiviti-aktiviti di dalam acara ini akan memberikan pelbagai ganjaran termasuk juga senjata 4-bintang “Ibis Piercer”.

Cabaran tambahan juga akan disertakan iaitu “Feast of the Departed Warriors”, “Fayz Trails: Hypothesis” dan juga “Divinie Ingenuity: Collector’s Chapter”.

Selain menerima acara masa terhad, mod Genius Invokation TCG juga akan menerima lebih 60 kad baharu dan dua mod iaitu PvP – “Arena of Champions” dan juga PvE – “The Forge Realm’s Temper”.

Bagi watak baharu pula, Kirara akan disertakan buat pertama kali – dia merupakan watak 4 bintang dengan elemen Dendro dan menggunakan senjata pedang. Sebagai seorang ‘nekomata’ dia boleh bertukar dan menyerang menggunakan kukunya dan juga kuasa youkai.

Elemental Skill untuk Kirara boleh menjadi dua bentuk iaitu mengeluarkan perisai Dendro ataupun “Urgent Neko Parcel” yang akan bergerak pantas dan menyerang penjahat yang berhampiran. Elemental Burst pula Kirara akan memukul penjahat menggunakan parcel yang kemudiannya akan pecah menjadi beberapa bom Dendro.

Kirara akan disertakan di dalam bahagian pertama Event Wishes untuk versi 3.7 ini bersama dengan Yoimiya dan Yae Miko. Manakala untuk bahagian kedua, Event Wishes akan menyertakan Kaedehara Kazuha dan Alhaitham.

Pemain juga boleh meneruskan penceritaan untuk Story Quest bagi Yoimiya iait “Carassius Auratus Chapter” di mana Yoimiya bersama dengan Traveler melawat Sumeru. Hangout Event untuk Kaveh juga akan disertakan.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply