Sukan SEA: Pasukan Mobile Legends Malaysia Bawa Pulang Pingat Perak

Pasukan Mobile Legends Malaysia hari ini gagal untuk menyekat penguasaan pasukan Filipina di dalam permainan Mobile Legends apabila tewas 3-0 di peringkat akhir di Sukan SEA yang membuatkan mereka berpuas hati dengan pingat Perak sahaja.

Pasukan Malaysia tidak dapat meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat kumpulan yang melayakkan diri ke peringkat kalah mati tanpa sebarang kekalahan, termasuk membuat kejutan dengan mengalahkan Filipina.

Pasukan Mobile Legends Malaysia terdiri daripada;

  • Muhammad Danial (CikuGais) – Gold
  • Idreen (Momo) – EXP
  • Irwandy Lim (Izanami) – Mid
  • Zul Hisham (Xorn) – Roam
  • Syafizan Najmi (Garyy) – Jungler
  • Muhammad Nazhan (Chibii) – Pemain Ganti
  • Muhammad Arf (Rippo) – Pemain Ganti

Dengan pingat perak ini, pasukan Malaysia kini mempunyai tiga pingat untuk esukan dengan Pasukan Wanita Mobile Legends Malaysia membawa pulang gangsa, dan pasukan Attack Online 2 membawa pulang pingat perak.

Peluang untuk menambah kutipan pingat adalah melalui dua pasukan PUBG Mobile yang masih lagi sedang bertempur dengan keputusan akan diketahui lewat hari ini.

Sohor Kini