Pada bulan Mei tahun lepas, Louis Leterrier telah diumumkan sebagai pengarah baharu untuk filem Fast X, ini adalah selepas Justin Lin menarik diri dan dilaporkan akibat perselisihan dengan Vin Diesel yang terus menjadi orang penting di dalam francais filem ini.
Melalui temubual bersama dengan Polygon, Louis Leterrier mengatakan yang perbualan di antara beliau dan Vin Diesel melalui panggilan Zoom yang membuatkan beliau yakin untuk mengambil tugas pengarah Fast X ini.
Beliau mengatakan yang Vin Diesel meluangkan 40 minit daripada 45 minit perbualan bercakap mengenai watak-watak di dalam filem ini tanpa bercakap mengenai wataknya sendiri. Louis Leterrier mengatakan yang perhubungan sebegini adalah sesuatu yang beliau inginkan.
Selain menjadi pengarah Fast X, Louis Leterrier juga disahkan akan turut menjadi pengarah unutk bahagian kedua filem ini.
Louis Leterrier sebelum ini mengarah filem The Transporter, Transporter 2, The Incredible Hulk , Clash of the Titans dan Now You See Me. Beliau juga mengarah siri TV seperti The Dark Crystal: Age of Resistance, dan Lupin.
Fast X akan tiba di pawagam pada 18 Mei 2023.