The CW telah mengumumkan yang mereka tidak akan meneruskan siri The Winchesters untuk musim kedua. Siri sampingan yang memfokuskan kepada kisah John dan Mary iaitu ibu dan bapa kepada Sam dan Dean daripada siri Supernatural.

Warner Bros Television iaitu syarikat produksi untuk siri ini juga dikatakan sedang ‘agresif’ mencari rumah baharu untuk meneruskan dengan musim kedua.

Jensen Ackles yang juga merupakan Penerbit Eksekutif untuk siri ini dijangkakan akan melancarkan kempen “menyelamatkan The Winchesters” untuk memudahkan pencarian platform baharu.

The Winchesters buat masa ini tidak di bawa masuk oleh mana-mana platform di Malaysia, manakala siri asal iaitu Supernatural disiarkan melalui Prime Video.

Sohor Kini