Variety telah melaporkan yang HBO tangguh uji bakat untuk mencari pelakon bagi musim kedua siri TV The Last of Us kerana siri tersebut masih tidak mempunyai skrip kesan daripada mogok Persatuan Penulis Amerika.

Tambahan lagi, Craig Mazin iaitu penulis utama untuk siri ini turut terlibat secara peribadi dengan mogok ini.

Pada awalnya, HBO dilaporkan ingin melakukan uji bakat tersebut menggunakan penulisan daripada permainan video, akan tetapi rancangan tersebut tidak diteruskan lagi buat masa ini.

HBO telah mengumumkan yang siri The Last of Us akan menerima musim kedua pada awal tahun ini lagi dengan mereka berharap untuk memulakan penggambaran pada tahun depan.

Mogok Persatuan Penulis Amerika ini telah memberi kesan yang besar kepada produksi siri TV dan filem, siri Stranger Things, Severance dan juga filem Blade antara yang sudah terkesan.

Sohor Kini