Kejohanan Valorant di Sukan SEA 2023 berakhir dengan ‘berita baik’ selepas kontroversi tercetus ketika perlawanan peringkat akhir di antara pasukan Singapura dan juga Indonesia.

Semasa perlawanan ‘Bo3’ semalam, pasukan Indonesia membuat rungutan rasmi kepada pihak Sukan SEA mengatakan yang pasukan Singapura telah mengeksploitasi pepijat berkait dengan watak Cypher.

Perlawanan di antara dua pasukan ini dikatakan berlanjutan sehingga 11 jam dan akhirnya tidak diteruskan apabila pasukan Indonesia mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mengatakan penganjur tidak membuat keputusan yang tepat di dalam penggunaan pepijat ini.

Manakala pasukan Singapura pula mengatakan yang sebarang perbincangan di antara pasukan Indonesia dengan penganjur tidak disampaikan kepada mereka dan merasakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, namun bersetuju untuk menjadikan skor semasa 5-5 berbanding Singapura mendahului 4-10.

Selepas pasukan Indonesia menarik diri, mereka dikatakan akan mendapat pingat perak, tetapi melalui pengumuman terbaru oleh pihak Sukan SEA, pasukan Singapura sebaliknya akan berkongsi pingat emas dengan pasukan Indonesia.

Manakala pasukan Valorant Malaysia telah kalah kesemua perlawanan di peringkat kumpulan dan tidak layak ke peringkat seterusnya.

Sohor Kini