Kontinjen esukan Malaysia menyumbangkan satu lagi pingat untuk Sukan SEA 2023 apabila pasukan Mobile Legends wanita membawa pulang pingat gangsa selepas mengalahkan Vietnam dengan skor 2-0 hari ini.

Mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada Filipina di peringkat Separuh Akhir yang berlangsung semalam. Di peringkat kumpulan mereka bermain dengan cemerlang memenangi kesemua perlawanan bertemu dengan Vietnam dan juga Laos.

Berikut adalah senarai pemain bersama dengan staf pengurusan untuk pasukan Mobile Legends wanita ini;

  • Nur Effa Fauzana (Fafau) – Gold
  • Vanessa Natasha (Bunny) – Exp
  • Hanis Wahidah (Hannie) – Mid
  • Sharifah Alia Husna (Aria) – Roam
  • Wan Nur Adibah Humairah (Dibo) – Jungler
  • Nur Afrina Syuhada (Rosemary) – Pemain Gantian
  • Anatasha Norman (Anatasha) – Pemain Gantian
  • Kelvin Unting (Rexvinn) – Ketua Jurulatih
  • Fikir Aiman (Rain) – Pembantu Jurulatih
  • Muhammad Farhan (Sora) – Penganalisa

Pingat gangsa ini menjadi pingat kedua selepas Pasukan Attack Online 2 Malaysia membawa pulang pingat perak minggu lepas.

Bagi permainan Valorant, pasukan Malaysia tidak membawa pulang sebarang pingat, apabila kalah kesemua perlawanan di peringkat kumpulan.

Peluang seterusnya untuk Malaysia menambah pingat akan tiba melalui Pasukan Mobile Legends lelaki dan juga pasukan PUBG Mobile yang akan mula bermain minggu ini.

Sumber Gambar: FB Homebois

Sohor Kini