PlayStation telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog permainan untuk pelanggan PlayStation Plus Deluxe dan juga Extra. Permainan-permainan yang akan tiba pada bulan ini akan disertakan bermula pada 16 Mei 2023.

Berikut adalah permainan-permainan yang disertakan;

  • Ratchet & Clank: Rift Apart
  • Humanity
  • Watch Dogs: Legion
  • Dishonored 2
  • Dishonored: Death of the Outsider
  • Sakuna: Of Rice and Ruin
  • Tomb Raider: Definitive Edition
  • Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration
  • Shadow of the Tomb Raider
  • Bus Simulator 21: Next Stop
  • The Evil Within 2
  • Wolfenstein: Youngblood
  • Thymesia
  • Rain World
  • Lake
  • Conan Exiles
  • Rune Factor 4 Special
  • Soundfall

Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, mereka juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Syphon Filter: Logan’s Shadow
  • Blade Dance: Lineage of Light
  • Pursuit Force
  • Ghostbusters: The Video Game Remastered

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.

PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe.

Sohor Kini