Gempak Starz bersama dengan Lil Critter Workshop minggu ini telah melakukan pelancaran rasmi untuk siri animasi Lawak Kampus yang mereka umumkan berjudul Lawak Kampus: School Daze.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi laman media sosial untuk siri ini iaitu Facebook, Instagram dan juga TikTok melalui nama @lkschooldaze.

Tarikh siaran untuk siri animasi ini masih tidak diumumkan, namun anda boleh mengunjungi laman-laman media sosial di atas untuk melihat beberapa video acah bagi siri ini.

Di pengumuman yang sama, mereka juga telah berterima kasih kepada Astro, TikTok Malaysia, dan MDEC kerana bekerjasama untuk menjadikan siri animasi ini satu realiti.

Sumber Gambar: Gempak Starz

Sohor Kini