HBO Go telah mengumumkan yang Shazam! Fury of the Gods yang merupakan filem kedua untuk Shazam! akan disiarkan di perkhidmatan penstriman tersebut pada 23 Mei 2023.
Shazam! Fury of the Gods ditayangkan di pawagam bermula pada 16 Mac lepas, walaupun menerima ulasan yang baik, termasuk daripada kami sendiri akan tetapi filem ini kurang mendapat sambutan di pawagam.
Mengikut Box Office Mojo, Shazam! Furty of the Gods mengutip $133 juta secara global, iaitu kutipan yang sangat mengecewakan terutama dengan filem pertama Shazam! mengutip $367 juta sebelum tamat tayangan.