Deep Silver dan Volition telah melancarkan DLC pertama untuk Saints Row iaitu The Heist & The Hazardous yang akan menyertakan tiga misi penceritaan, senjata baharu, helikopter dan juga pelbagai barangan kosmetik.
DLC ini merupakan satu daripada tiga DLC yang diumumkan untuk Saints Row dan boleh didapatkan melalui pas penambahan ataupun secara berasingan.
Selain DLC ini, Saints Row juga akan menerima kemaskini percuma yang antaranya menyertakan kawasan baharu Sunshine Springs, mod swafoto, 12 emote baharu, dan pelbagai penambah-baikkan untuk permainan ini.
Saints Row sebelum ini sudah berkongsi perancangan kandungan untuk permainan ini, dengan DLC seterusnya iaitu Doc Ketchum’s murder Circus yang akan tiba pada bulan julai dan DLC ketiga yang juga terbesar akan tiba pada bulan Ogos ini.
Saint Row sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan Saints Row.