Blizzard telah melancarkan acara pertama yang menyertakan mod hibrid PVP/PVE iaitu Starwatch: Galactic Rescue. Di dalam peta Horizon lunar Colony yang diubah akan memfokuskan pertempuran dua kumpulan iaitu The Watchers dan Infinite Empire.
Sebelum bermula pemain boleh memilih untuk menyertai The Watchers ataupun Infinite Empire, pemain juga boleh menjadi Mercenary dan akan dimasukkan di dalam mana-mana kumpulan secara rawak.
Bersama dengan pelancaran acara ini, Blizzard juga telah hadir dengan komik untuk memberi pengenalan mengenai Starwatch ini – Starwatch: An Echo of Hope. Anda juga boleh lihat komik tersebut melalui video di bawah.
Overwatch 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.