System Shock Remake Sudah Siap Dibangunkan – Tiba 30 Mei

Prime Matter bersama dengan pembangun Nightdive Studios telah mengumumkan yang System Shock remake telah siap dibangunkan dengan tarikh pelancaran adalah seperti diumumkan sebelum ini iaitu pada 30 Mei 2023.

Versi remake ini akan menyertakan visual yang lebih berkualiti, kawalan yang lebih baik, antaramuka yang ditambah-baik dan juga bunyi serta muzik baharu. Versi ini juga akan menyertakan kandungan tambahan yang tidak disertakan di dalam permainan asal.

System Shock ini akan dikeluarkan secara digital melalui Steam, GOG dan Epic Games Store dan setia pra-tempahan akan turut mendapat System Shock 2: Enhanced Edition.

Permainan ini turut diumumkan untuk PlayStation dan Xbox akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk dua konsol tersebut.

Sohor Kini