Pasukan Malaysia akan diwakili oleh 2 pasukan untuk kejohanan PUBG Mobile di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Kemboja sekarang. Mereka akan menyertai 19 pasukan dari 10 negara bagi kejohanan ini.
Dua pasukan yang mewakili Malaysia adalah MAS 1 – Damrude, Uhigh, Mica, Snipes dan Stuxnet dengan jurulatih adalah Pasha. MAS 2 – Jumper, Echo, FlaxOP, Oliyo dan Yen bersama dengan jurulatih mereka Penh.

Uhigh yang merupakan pemain untuk BTR dari Indonesia akan sekali lagi bergading bahu dengan pasukan Geek Slate yang merupakan pemenang dua kali berturut-turut untuk PUBG Mobile Pro League Malaysia.
Manakala Jumper dan FlaxOP juga menyertai di Sukan SEA lepas di mana mereka membawa pulang pingat gangsa.
PUBG Mobile di Sukan SEA ini akan menawarkan empat pingat untuk dimenangi iaitu 1 x Emas, 1 x Perak dan 2 x Gangsa. Pusingan kelayakan untuk kejohanan berpasukan akan berlangsung pada 11 Mei denga 16 pasukan akan melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2023.
Kejohanan berseorangan pula akan berlangsung pada 15 Mei yang akan melibatkan 60 pemain dari pelbagai negara.
Kejohanan ini akan distrim secara langsung melalui laman Youtube, Facebook dan TikTok untuk PUBG Mobile Esports Malaysia.