Nintendo hari ini telah berkongsi laporan kewangan bagi suku ketiga untuk tahun fiskal 2022/2023 dan seperti biasa, mereka juga telah berkongsi jumlah penjualan untuk konsol Nintendo Switch dan permainan-permainan untuknya.

Sepanjang suku lepas, bermula pada bulan Januari sehingga Mac 2023, Nintendo Switch telah terjual sebanyak 3.07 juta unit yang menjadikan jumlah keseluruhan pada waktu ini adalah 125.62 juta unit.

Pecahan jualan bagi suku lepas mengikut model adalah seperti berikut, jumlah keseluruhan di dalam kurungan;

  • Nintendo Switch – 0.91 juta (89.58 juta)
  • Nintedo Switch OLED – 1.53 juta (15.02 juta)
  • Nintendo Switch Lite – 0.62 juta (21.04 Juta)

Nintendo juga mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk menjual 15 juta unit lagi Nintendo Switch bermula pada April 2023 sehingga April 2024 iaitu dalam masa setahun serta 180 juta unit permainan dalam tempoh yang sama.

Sohor Kini