Valve hari ini telah mengumumkan yang kejohanan terbesar Dota 2 iaitu The International untuk tahun ini akan berlangsung di Seattle Amerika Syarikat. Selepas berlangsung buat pertama kali di Cologne, Jerman pada tahun 2011, The International seterusnya iaitu bermula pada tahun 2012 sehingga 2017 dianjurkan di Seattle.
Hanya pada tahun 2018, Valve mula memberi peluang kepada pelbagai negara untuk menganjurkan kejohanan ini, seperti di Vancouver pada tahun 2018, Shanghai pada tahun 2019, Bucharest, 2021 dan Singapura pada tahun lepas.
Kembalinya The International ke Seattle sudah semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan untuk peminat di Amerika Syarikat, tambahan pada itu, tahun ini juga dijangkakan yang The International akan dianjurkan lebih besar-besaran berbanding di Singapura yang memperlihatkan hadiah terkumpul terendah sejak tahun 2015.