Tchia Mempunyai 1 Juta Pemain Selepas Sebulan Dikeluarkan

Kepler Interactive bersama dengan pembangun Awaceb telah mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Tchia telah dimainkan oleh 1 juta pemain selepas dikeluarkan untuk PlayStation dan PC pada bulan Mac lepas.

Tchia juga ditawarkan secara percuma bagi pelanggan PS Plus Extra dan Deluxe. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi video accolades yang anda boleh tonton di bawah.

Tchia adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada penceritaan, aksi dan juga menyelinap. Ia akan menyertakan pelbagai watak menarik dan interaksi dengan pemain.

Di dalam pengembaraan dunia terbuka, pemain juga diperlihatkan boleh memasuki ke dalam badan haiwan dan mengawalnya. Fungsi “Soul Jumping” ini juga boleh dilakukan kepada benda, terdapat 30 haiwan dan benda yang boleh dikawal.

New Caledonia iaitu satu pulau di Oceania menjadi inspirasi kepada permainan ini yang menurut Awaceb, ramai pembangun mereka berasal dari pulau tersebut.

Sohor Kini