Apex Legends akan memasuki musim baharu, Arsenal, tidak lama lagi, dan seperti yang diumumkan sebelum ini antara yang disertakan bersama dengan musim ini adalah legend baharu iaitu Ballistic.
Ballistic ataupun nama sebenar August Montgomery Brinkman merupakan veteran di dalam kejohanan Apex Legends, ataupun pada zamannya digelar sebagai Thunderdome Games.
Sebelum tibanya secara rasmi, EA telah berkongsi satu video baharu yang memperlihatkan secara lanjut mengenai Ballistic yang anda boleh tonton di bawah.
Berikut adalah kebolehan Ballistic yang merupakan legend di bawah kelas Assault;
Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Apex Legends juga telah menerima versi mudah alih tetapi versi tersebut akan ditutup pada bulan Mei ini.