Masashi Kishimoto sedia menempa nama beliau di persada dunia melalui manga Naruto. Kini, beliau turut mengesahkan sedang bangunkan sebuah manga pendek (one-shot) memfokuskan kepada watak Minato Namikaze, iaitu Hokage ke-4 dalam siri Naruto, yang juga merupakan ayah kepada Naruto.
Perkara ini disahkan oleh Masashi Kishimoto selepas undian melibatkan watak-watak siri Naruto, dan memperlihatkan watak Minato menjadi pilihan paling popular di dunia dengan undian sebanyak 792,257 undian.
Masashi Kishimoto menyatakan sedang bangunkan manga berkenaan, dan membangunkan kisah yang akan mencapai harapan para peminat watak berkenaan seluruh dunia. Ia turut diacah yang mana kisah disebalik jutsu rahsia milik Minato.
Minato boleh dikatakan antara watak penting dalam siri Naruto, namun kisah watak berkenaan tidak disentuh meluas. Mungkin dengan manga ini, ia akan menjawab pelbagai persoalan berkenaan Minato.