Pasukan Malaysia untuk kejohanan Attack Online 2 menjadi penyumbang pingat pertama bagi kontinjen esukan Malaysia apabila mendapat pingat perak di Sukan SEA hari ini.

Pasukan Attack Online 2 Malaysia terdiri daripada lima pemain iaitu Harriq Izzat, Iqbal Harun, Muhammad Fazrul, Reydza Pyar Dasha dan Shah Ruallah Muadzah.

Attack Online 2 yang juga dikenali sebagai Mission Against Terror 2 merupakan permainan FPS untuk peranti pintar dan juga PC, permainan ini kurang popular di Malaysia tetapi antara permainan dalam talian paling popular di Kemboja iaitu tuan rumah untuk Sukan SEA ini.

Terdapat tiga negara yang terlibat di dalam kategori berkumpulan ini iaitu Kemboja, Malaysia dan juga Thailand. Malaysia mengalahkan Thailand 2-1 dan tewas kepada Kemboja 3-0 untuk mendapat perak dengan emas dimiliki oleh Kemboja dan Gasngsa oleh Thailand.

Selain Attack Online 2, Sukan SEA juga mempertandingkan League of Legends: Wild Rift, PUBG Mobile, dan Mobile Legends: Bang Bang, Crossfire, dan Valorant.

Sohor Kini