Fortnite Disertakan Di Dalam Kejohanan Esukan Olimpik

Olympic Committee (IOC) telah mengumumkan penambahan satu lagi kejohanan di dalam pertandingan Esukan di Olimpik iaitu Fortnite menjadikan ia kini mempunyai 10 sukan keseluruhannya.

Fortnite yang dipertandingkan ini bukanlah mod battle royale, sebaliknya pulau khas yang dihasilkan di dalam Fortnite untuk pertandingan menembak. Meneruskan tema bagi Kejohanan Esukan Fortnite ini di mana permainan yang dipilih adalah berdasarkan sukan sebenar.

Berikut adalah senarai sukan yang dipertandingkan;

  • Tic Tac Bow (Memanah)
  • WBSC eBaseball: Power Pros (Besbol)
  • Chess.com (Chess)
  • Zwift (Berbasikal)
  • JustDance (Tarian)
  • Gran Turismo (Lumba)
  • Virtual Regatta (Belayar)
  • Virtual Taekwondo (Taekwondo)
  • Tennis Clash (Tenis)
  • Fortnite (Menembak)

Kejohanan ini akan berlangsung semasa Minggu Esukan Olimpik pada 22 sehingga 25 Jun 2023 di Singapura.

Sohor Kini