Warner Bros Discover hari ini telah melakukan earning call bersama dengan pelabur di mana CEO David Zaslav telah mengumumkan yang permainan Hogwarts Legacy telah terjual 15 juta unit dan menjana pendapatan lebih RM4.4 Bilion (dilaporkan terlebih dahulu oleh VGC).

Jumlah ini memperlihatkan pertambahan sebanyak 3 juta unit berbanding selepas 2 minggu permainan berdasarkan dunia Harry Potter tersebut dikeluarkan. David Zaslav juga mengatakan siri permainan kelima yang melebihi $1 bilion selepas Mortal Kombat, Game of Thrones, Lego Games dan DC.

Jumlah ini masih tidak mengambil kira permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada hari ini dan untuk Nintendo Switch pada 25 Julai 2023 yang sudah semestinya akan menambah lagi jumlah keseluruhan.

Dengan pencapaian ini, Harry Potter terus menjadi IP yang penting untuk Warner Bros. Mereka juga sebelum ini telah mengumumkan siri TV yang mengadaptasi buku asal siri ini akan dihasilkan untuk perkhidmatan penstriman baharu Max.

Sohor Kini