The Wrap telah melaporkan yang Karl Urban di dalam perbincangan akhir untuk menjadi Johnny Cage di dalam filem aksi nyata Mortal Kombat 2, iaitu filem susulan untuk Mortal Kombat yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Watak Johnny Cage diacah akan tiba pada pengakhiran filem pertama.

Karl Urban terkenal dengan membawa watak William Butcher di dalam siri The Boys yang disiarkan di Prime Video.

Laporan tersebut juga mengatakan yang Simon McQuoid pengarah untuk filem pertama akan kembali dan Jeremy Slater akan menjadi penulis.

Sohor Kini