Xbox menyambut ulang tahun pertama untuk PC Game Pass di Asia Tenggara pada 19 April lepas, bersempena dengan sambutan tersebut, Xbox juga telah berkongsi beberapa data menarik mengenai perkhidmatan tersebut di Asia Tenggara;

  • Pengguna Game Pass di Asia telah meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lepas
  • Permainan paling popular di Asia Tenggara adalah permainan multi-pemain koperasi seperti Grounded dan Sea of Thieves
  • Terdapat 12 juta pencapaian yang diperoleh oleh pemain dari Asia Tenggara
  • Malaysia mempunyai jumlah purata tertinggi pencapaian yang diperoleh untuk setiap pemain

Xbox sebelum ini telah mengatakan yang antara strategi mereka di pasaran Asia Tenggara adalah melalui penawaran PC Game Pass ini – bersama dengan penawaran aksesori secara rasmi dan juga menyokong pembangun permainan video tempatan.

Baca: 3 Strategi Xbox Untuk Mengembangkan Penawaran Di Asia Tenggara

PC Game Pass ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.

Sohor Kini